Dea tidak pernah mengeluh mahupun marah saat melayan karenah ku yang tak ubah seperti anak kecil ini..saat aku marah dan maki dea,sedikit pun dea tidak marah sebaliknya dea mengambil sikap berdiam diri..dea akan menuruti semua kehendak ku .. dea sentiasa ada di saat aku mempunyai masalah..dia sentiasa menemani ku kemana sahaja aku pergi..kami seperti belangkas..tidak pernah berpisah..disekolah kami akan pergi bersama-sama,rehat sama-sama n balik pun sama-sama.dea akan menghantar aku sehingga ke kelas...dea juga akan membawa ku keluar setiap petang..mengajar aku menunggang motor..berjalan-jalan..aku teringat saat dea menyapu air mata yang jatuh di pipi ku .. saat itu dea menyatakan tidak mahu melihat aku menangis..dea selalu peluk aku..selalu cubit pipi ku .. dy sering bergurau denganku..dea sering mengejarku saat aku tidak mahu masuk kelas..kami tak ubah seperti anak-anak kecil..dea melayani ku dengan baik sekali..dea akan menghantar makanan jika aku lapar..dea akan membawa aku keluar walaupun dea keluar bersama kawan-kawannya.YA ALLAH aku ingin ulang segala memori bersamanya..
Tetapi kini dea tiada disisiku...dea jauh dari pandangan mataku...saat aku hendak pindah aku sudah bertanya berulang kali soalan yang sama padanya..tetapi jawapan yang diberikan tetap sama...kita perlu belajar jauh..tanpa dea sedari aku terluka dengan jawapan yang diberi..tidak kah dea taw aku tidak boleh berjauhan dengannya..tetapi aku redha..aku pindah dan tidak lagi bersamanya..aku sering menangis di sekolah baru kerana teringat kenangan bersama si dea..aku tidak betah kerana si dea tiada disisi...yess aku merana..merana kerana kehilangan insan yang aku sayang...
setiap saat setiap detik aku hanya mengingati dea..aku ingin dea mengelap air mata ku saat aku menangis..aku ingin dea menemaniku sepanjang masa..tetapi bisakah semua ini terjadi kerana aku dan dia sudah berjauhan..yang tinggal kini hanya kenangan aku dan dia..aku masih menyimpan segala barang yang diberi..aku masih memeluk teddy bear yang di beri setiap malam..aku masih mendengar irama muzik dari music box yang diberi..aku masih menggunakan baju yang dibelikan untuk ku..tetapi masihkah dia menyimpan segala-galanya..
Aku berdoa dea masih menyayangi ku dan berharap sekeping hatinya masih milik ku untuk selama-lamanya..aku ingin bersamanya selamanya...amin
AIZAD AFIQ I LOVE U SO MUCH